aku yang tak sempurna…
03 Oct 2010 Leave a Comment
Jikalau kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana KELEBIHANNYA…
Kerana…mungkin dengan satu KELEMAHAN…
Kau mungkin akan menjauhinya….
Jikalau kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana KEBAIKANnya.. .
Kerana… mungkin dengan satu KEBURUKAN…
Kau akan menbencinya….
Jikalau kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN..
Janganlah kerana ILMUnya..
Kerana…apabila dia BUNTU…
Kau mungkin akan menFITNAHnya…
Jikalau kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN…
Janganlah kerana sifat CERIAnya…
kelak andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman,
Terimalah dia SEADANYA,
Ikhlaskan dalam perhubungan…
Sinarinya dengan takwa & Iman…
Saling hormat-menghormati..
Jujur..amanah..& segalanya..
Kerana dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa….
Ada Kelemahan…
Ada Kekurangan..
Ada Keburukan..
Jadilah, teman yang saling lengkap-melengkapi..
kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA…
